kita senang mengungkap kata .. 'sabarlah.. tabahla.. sume ni ujian', pada kawan2 rakan2 yang menghadapi musibah.. tapi kalo kene kat diri sendiri, mampukah kuatkah kita nak ungkapkan dan mengamalkan 'sabarlah, tabahlah'..
mungkin kita sabar tapi stakat sabar dan mengamok juga.. adakah itu dikira sudah cukop sabar?
Petikkan dari belog PUTERI KASIH:
'Bukan semua yang kita nak, mampu kita miliki. Dan apa yang kita miliki tidak akan kekal menjadi milik kita untuk selamanya. Seringkali kita menangis dan merintih bila sesuatu itu diambil semula dari kita. Terasa begitu kehilangan. Bukankah lebih elok jika kita berprasangka baik dan menerima semua itu sebagai ketentuan dariNYA. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kesatlah airmata dan menerima ketentuan takdir dengan seihklas hati kita.
Seeloknya kita melihat kehidupan dari sudut yang lebih positif. Bersyukur dengan segala nikmat yang dimiliki. Berbahagia kerana masih bernafas dan diberi peluang untuk membaiki diri.'