Khamis, 25 Jun 2015

juadah buka puasa ke 8

plan buka puasa ni nak masak seperti berikut:

ikan tongkol masak kari tak guna santan
ikan bilis sambal tumis
sayur berkuah untuk naufal
cucur jagung..


wah siap bercucur jagung.. ni sbb kat surau tadi kak iza bgtau die nak buat cucur jagung utk berbuka.. pergh.. gua peminat jagung kot.. wajib terpengaruh..

jagung ape sahaja saya suke.
bubur jagung
puding jagung
air jagung yg sedap sahaja
inikan pulak cucur jagung yg berminyak2 .. nyums..


aku tgk resepi cucur jagung ni mcm same jek ngan cucur ikan bilis letak kentang.. gantikan kentang dengan jagung.. tapi kompius nak letak gula ke tak.. ade je resepi yang letak ade yang tak letak.. so?

jagung pulak ade yang rebus ade yg tak rebus ade yang beli jagung tin jek senang mudah nyap2 soi..

tatau lah ni sempat ke tak.. kita hanya mampu berangan jek la kat opis ni sambil tunggu pkol 5 ptg.




Jumaat, 19 Jun 2015

Ramadhan 2015



Salam ramadhan daripada miros untuk staff dan stakeholders muslimin dan muslimat..

Ucapan salam dah diberi, namun kegagalan pejabat memuaskan hati staff adalah paling di nampak sepanjang sebulan berpuasa.

Ialah, manakan tidak, pada tahun ini, Pengurusan tidak meluluskan balik awal 30 minit seperti tahun2 lepas. Pada tahun inilah baru lah nak ikut sgt pekeliling kerajaan walaupon pada hemahnya, kami ini hanya badan berkanun. Namun kami tempuhi juga kerana penjawat awam adalah saya yang menurut perintah, selamanya..

Selamanya, selamanya, selamanya harimau malaya.. namun kalah jua memalukan!.

Maka berkejaranlah bagi yg rumah dekat berkejaran nak amek anak sbb taska tutop 1 jam awal.. bagi yang rumah jauh berkejaran di dalam jem nak menempuh baki hari yang memenatkan sambil beristighfar bersabar sambil merenung2 jam di dashboard.

Inilah ujian apabila bos adalah bukan dari kalangan kami yang berpuasa.

Tabahlah rakan2 sekerjeku.


Related Posts with Thumbnails