Rabu, 18 Februari 2015

ASEAN NCAP ROAD TOUR

ASEAN NCAP di bawah MIROS akan mengadakan road tour di sepanjang RNR terpilih 25 hingga 28hb Februari ini. 



kalau sesiapa yang berkelapangan tatau nak buat ape meh ler datang ke pit-stop kami: 

25hb jam 12:00 tgh hingga 15:00 petang kami berada di RNR PAGOH arah Selatan

26hb jam 9:00 pagi hingga 12:00 tgh kami berada di UTM, SKUDAI engineering main hall

26hb jam 14:00 ptg hingga 17:00 ptg kami berada di RNR SEREMBAN arah Utara

27hb jam 11:00 pg hingga 14:00 ptg kami berada di RNR TAPAH arah Utara

27hb jam 14:30 ptg hingga 17:00 ptg kami berada di USM Nibong Tebal

28hb jam 14:00 ptg hingga 17:00 ptg kami berenti last kat JEJANTAS SG BULOH arah Utara




pelbagai barangan ASEAN NCAP boleh didapati secara PERCUMA!!

kami ada t-shirt asean ncap yang cun 
kami ada scarf dull satin yg best
kami ada fridge magnet, pen

cabutan bertuah child seat

hadiah selfie terbaik smartphone bernilai rm 1500

dan macam2 lagik aktiviti yang menarik..



moh datang jgn tak datang


Selasa, 17 Februari 2015

Sarap: Overnight oat

fenomena kan overnight oat nih.. diriku yg selalu terjebak ngan fenomena mmg redha untuk terjebak lagi dan lagi.. hehehe

smlm bergegas ke jayagrocer untuk carik ROLLED OAT yang murah dan best.. katanya, overnight oat mmg perlu wajib guna ROLLED OAT supaya tak muak..

Browse browse rak oat.. memang berpinar mata.. jayagrocer kan memang ade macam2 segala tok nenek jenis oat yg international yang tak penah dengo yang local sume pon ade kan..

lalu hati terpikat kat yogood ni.. mmg simple dimple sbb mmg dah ade dried fruits dan kekacang in a pack..


mmg mudah guna yogood.. RM 10 kot camtu.. boleh buat 3-4 kali breakfast..
campur susu segar RM 5 jugak boleh buat 3-4 kali
campur yogurt rm 3 buat 2-3 kali..

mix everything in a jar.. tak payah ngengada sgt smp nak guna jar kaca.. tayah.. mason jar ke ape.. tayah.. just guna je la ape bekas yang dah sedia ade pon boleh..

pastu simpan dalam peti sejuk semalaman... baru la nama die overnight oat..


dan menikmati di pagi hari.. rasa manis sgt yogood nih.. dah manis gini tatau la healthy ke tak.. heheh.. tapi maybe sbb tak letak yogurt kot..

boleh cuba lagik esok.. yeay


Khamis, 12 Februari 2015

Pekerjaan

saya tgh bnyk kerje tapi takleh fokus sbb terganggu ngan prosidur

contoh: kewangan

tak boleh ke untuk sistem kewangan tu kita buat mcm ni.
1. org kewangan kene treat kami pekerja profesional sgt ni sbg bos.
2. kami hanya perlu hantar spec yang diperlukan dan request barang kepada orang kewangan pastu org kewangan yang hamdle smp kami dapat barang.

SITUASI 1.

tiket flight:

RO isi borang (nama, ic, date, time) ---> RO submit borang ---> orang kewangan process (dapatkan tiket number, dapatkan sebut harga, dapatkan tiket) ---> RO dapat tiket dan hanya perlu fokus dgn tugas hakiki.


SITUASI 2.

beli barang2:

RO isi borang (nyatakan spec yang nak) ----> orang kewangan dapatkan sebut harga ----> iklankan tender ---> isi borang request order ----> isi PO ---> orang kewangan dapat barang cek barang sign Do sign invoice ---->RO dapat barang.


Macam ni senang tayah gaduh2 kan..


Orang kewangan arif tentang prosidur2, halal haram, sah audit ke tak, telus tak telus.. so derang a yang buat semua process.. Orang yag tatau pape ni cuma perlu terima je barang yg di pesan.. boleh kan?

ke kat kampeni kami je kami kene buat sume mende pastu salah pastu kne naik turun naik turun macam org bodoh?



Related Posts with Thumbnails