Rabu, 15 Jun 2016

Terakhir by suffian suhaimi

Sedehnye la hai laguni.. sila hayati bg yg perlu hayati.. menusokk woooooo


lyrics are sooo touching menyentuh jiwa membuai lena.. tq dik buatkan lagu utk akk. :D hehe perasan gitccuew..

Selasa, 14 Jun 2016

Resepi puding jagung

Setiap kali nak bwat asik kne search gugel jek.. carik kt blog tade save resepi.. biase la kalo search gugel kne la carik resepi mana 1 yg direfer sebelom2 ni.. dah carik2 x jmp tak sure mane satu maka tayah bwat.. bwahahaha.

Td buat puding jagung ni for ifthor..



Haha gamba asal boleh.. nak cepat ni takot lupa resepi die.

1.5 cwn gula
1.5 cwn tepong kastad nona
3 cwn air
1 tin jagung ala cream
1 tin susu cair

Larutkan tepong ngan air.. pastu masokkan sume bahan dlm periuk.. masak api keciiiiiiikkkkkk sgt.. godak2 dgn kesabaran walopon baru balik keje dn terkocoh kocoh memasak utk berbuka.. insyaAllah smpt..

Dah likat dn licin, tutop api.. transfer dlm bekas cantik.. sejukkan suhu bilik.. kalo dh x sabo nak makan time berbuka masokkan dlm peti sejuk bahagian beku.. hahaha.. kalo boleh sabar.. masok dlm peti sejuk biase je.. makan sejuk2 time berbuka masyaAllahhhhhhh.. sedapnyehhhhhhhhhh

Hanoi working trip

Hanoi sgt best. Hotel sgt best. Sgt selesa. Bersih. Booking hotel via booking.com harga murah cume rm300 satu mlm hotel conifer.. eh murah ke.. murah la jugak compare ngan hotel event kerje.. tapi conifer hotel ni x recommended la utk leisure trip.. x recommended untuk korang yg nak jalan2..

1. lokasi agak jauh dr tasik utama kt hanoi tu..
2. hanya dikelilingi kekedai branded mcm prada longcham pandora omega tapi sume harga standard mesia jek.. mana ade duit

Berjalan kaki menapak ke ho kiem lake..saja jenjalan.. yaAllah jauh jugak.. haha akibat dh lama gle x menapak 😅😅



Out tourist guide name Tuan.. meaning handsome in vietnam.. perasan gile.

Ahad, 5 Jun 2016

Cara nikah di Thailand

Senang dan mudah jek utk nikah kat tailen tu sesenang dan semudah hang hancurkan hati seorang isteri


Berikut ialah cara kahwin di Thailand 

1. Dokumen untuk Berkahwin di Thailand
Sekiranya ada hutang PTPTN, MARA dll yang tertunggak, Semak status sekatan imigresen.
Sediakan kad pengenalan, pasport (masih ada tempoh sah sekurang2nya 6 bulan) atau pas sempadan (bagi kad pengenalan yang beralamat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Utara Perak sahaja).
Bagi janda, bawa surat cerai asal
Bagi balu, bawa surat kematian suami yang asal


2. Bawa Videocam (amboi siap rakam nikah) 
Bawa kamera atau handphone yang ada fungsi merakan video yang jelas. Kamera/fon itu akan digunakan untuk merakamkan akad nikah di Thailand nanti, dan video yang terhasil akan menjadi bukti kepada hakim mahkamah syariah (waktu pengesahan nikah di Malaysia nanti) bahawa akad nikah itu adalah sah.


3. Perjalanan, Cara Nikah dan Mendapatkan Dokumen
Pergi ke Bukit Kayu Hitam, untuk tiba disana sekitar pukul 8:00 pagi - 9:00 pagi, kalau boleh. Atau ambil penerbangan ke Hat Yai dari Kuala Lumpur untuk tiba disana pukul 12:15 tengah hari waktu Thailand.
Agen akan bawa dari Bukit Kayu Hitam atau airport Hat Yai ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Hat Yai untuk akad nikah. Cara nikah di Thailand sama seperti di Malaysia.




lafaz pengantin perempuan melantik jurunikah sebagai wali
(Lafaz pengantin perempuan untuk melantik jurunikah sebagai wali)


4. Selepas akad nikah, MAIS akan mengeluarkan surat nikah dan surat pengesahan nikah
Sesudah itu, ajen akan bawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla. Serahkan surat pengesahan nikah dari MAIS kepada Konsulat, tapi simpan surat nikah
Selesai urusan di Konsulat, agen akan bawa ke sebuah restoran Islam di tepi pantai Songkhla untuk makan tengah hari pastu balik otel malam pertama (amboi!!!)


5. Keesokan harinya,ajen akan jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat, yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia. Perhatian: Konsulat cuma buka pada hari Isnin - Jumaat. Ambilkira fakta ini dalam merancang perjalanan ke Siam


6. Setelah dapat surat dari Konsulat, ajen akan hantar semula ke Bukit Kayu Hitam untuk perjalanan pulang ke Malaysia



hahah dah kenapa? nak review menikah kat tailen plak?

proses mmg senang tapi fasa seterusnya kehidupan 2 3 4 org isteri itu amatlah sukar mungkin.. seeloknya sebelom bertindak buat keputusan utk hidop berdua bersama isteri ke2, ambil kira juga pendapat dan kesediaan isteri pertama kerana decision yg korang buat BERDUA JE TU sgt sgt sgt sgt efek kehidupan isteri pertama... SGT SGT EFEK sbb bukan korang jek yg nak idop kat dunia ni.. dan  kerana korang nak idop kat dunia ni lama lagik sbb ajal maut kita tatau bile.. 

dan pasti, walaupon pernikahan di tailen itu senyap2.. pasti suatu hari nnt korang akan terpaksa mintak kerjasama dari isteri pertama kerana sudah tidak larat untuk berahsia.. jika kerjasama diambil kira terlebih dahulu sebelum berkahwin bukankah lebih mudah.. nak berantakan rumah tangga sebelom korang kawen, bia bini ko sedo ape yg die tak perfect, bia die ada pilihan utk berubah time tu.. dah kawen baru nak mintak kerjasama mmg bagi kaki jek la... MMG LAH ISTERI TU KNE TAAT KAT SUAMI DIE TAPI ......... (im not in the position of giving good advice as im not perfect at all)

Kerana poligami itu mulia.. jgn memburukkannye dgn buat keputusan ikot suka ati korang jek tanpa mengambil kira pendapat isteri pertama.. dan ahli keluarga dan ibu bapa masing2.. jgn kecewakan siapa2 dengan poligami anjuran sunnah itu.. jgn kerana nak senang nak mudah, rumah tangga yg bertahun yang dibina jadik berantakan musnah.. 




Related Posts with Thumbnails