Isnin, 5 November 2012

Air Selusuh: akar fatimah


Masok 37 minggu ritu smangat wat air selusuh akar fatimah ni.. thanks to my abg ipar (my biras) belikan dan poskan dari tanah suci Makkah.. appreciate it so much.. 

Dari penggoogelan yg dijalankan, benefit minum air akar fatimah ni utk mudahkan, cepatkan bukaan.. pastu lancarkan proses pengeluaran baby time deliver.. same jek mcm fungsi air selusuh yang lain2.. 

En Ijad yg rendamkan sambil baca Fatihah dan selawat.. 

dah rendam2 bunga die pon dah kembang ngan laju nye, aku pon minum la sambil baca selawat sume.. pastu malam nye, baby bergolakan dalam perut, berpusing, menendang segala jenis pergerakan baby buat dalam tummy.. dengan angin dalam badan, perot memulas2 nak berak tanak berak sume pon ade.. smp En Ijad terase amat cuak.. hoho..

esok nye call Emak, die terkejut.. "bwat ape rendam awal2?? nnt time dah sakit, dah keluar tanda, baru rendam.. dah kembang baru minum.. "

...oooooo...
salah la info dr google eh? kui!

so, inilah rupa paras bunga/akar/genggam fatimah tu sblm direndam


rendam dalam jug, aku rase lagik bagus kalo permukaan jug tu berdiameter lebih lebar.. mungkin lebih senang nak buka bukaan nnt.. baby pon lagik senang kuo kot kan.. 


So yang ni aku tanak buang.. biakan jek die berendam dalam jug tu.. takot plak buang nnt, akar tu kering, menguncup balik.. kang tak pasal2 takde bukaan langsung (TAHYUL NI!).. haha.. nnt dah kuo tanda atau da sakit baru rendam yang lain :D

InsyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya, kurangkan kesakitan dan percepatkan proses pengeluaran baby tomel2 mummy ni.. 

7 ulasan:

  1. oo dulu mende ni byk kat umah aku.. besar2..ingatkan utk ape la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg aku dapat ni mcm kecik2 jek.. mcm tak ranum jek.. huhu takpe la.. asal ade suda cukup bersyukur

      Padam
  2. as salam

    akak penah tgk ni masa mak akak bw balik dari mekah..
    alhamdulillah la ikhtiarkan, moga dimudahkan yea dilot :)

    BalasPadam
  3. adda minum masa dah kluar 1st kluar tanda...tapi hasilnya dok hospital 3hari tanpa rasa sakit..huhu..btw air tu sebagai ikhtiar jerk..dengan izin Allah..huhu..kalau takde bukaan jugak boleh msg adda..adda bagi tips!hahaha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. adda aku rase aku tau ape yg ko bwat tok percepatkan proses.. hahahahah

      Padam
  4. As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

    Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

    Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

    Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

    Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails