Khamis, 31 Disember 2015

DISKAUN RM 50 Belajar KERETA dan amek lesen kereta

SALAM,

akk sebagai owner blog nak bg diskaun kat adik2 yang nak amek lesen memandu area kajang, bangi, putrajaya..

DISKAUN masa terhad.. 

DISKAUN sebanyak RM50

Booking dan letak deposit serendah RM200 

Call  Cikgu Ijad 0126244748 hanya pada masa seperti dibawah:

31hb Disember 2015 jam 11 mlm 
HINGGA
1hb Januari 2016 jam 11 pagi 

call dan sebut kata kunci: Kak fara cantik


jangan risau.. call memalam buta pon takpe :)

Khamis, 24 Disember 2015

Hopeless

I donno what do i wan.. what is my dream.. what shud i hope for the future..

I couldnt see the future be like wat..

Everything so blurry like surrounded by thick huge kumulonimbuss clouds..


Melutut disini tak tahu apa
Melutut disini berteleku tiada jawab
Beda berdetik tanpa nafas hembus lemah
Pudar sinar nan tiada

Ahad, 29 November 2015

Famili day di A-Famosa Resort Melaka

Di jemput untuk memeriahkan.. eh dijemput ke dipilih untuk memeriahkan famili day kkm bahagian perancang pada wekend lepas kat afamosa resort melaka..

Woot woottt..

Best gak famili day derang tp anak sebukkkk nak terjun kolam x dpt la nk join smp abes.. 😐.. kolam sgt lah dekat dgn dataran acara.. cabaran nk bg anak control his eagerness nak masok air..

Smpt juga naufak main 1 game.. ayah main bnykkkm games.. mummy join 1 game ngan ayah jalan berikat kaki.. tp kalah nombor 4.. cis..

Ayah dpt bnyk hadiah jugak la sbb bnyk menang game dan besday present org bln 10 dan cabutan bettuah.. hehe.. hebat!







Tapi tade gambar utk permainan air.. ehhe.. permainan air die bahaya.. naufal jatuh sbb lantai berlumut.. habis bengkak mata terlanggar tombol slides yg dibuat dr besi..
Lepas naufal jatuh tu ade sorang awek baya2 die terjatuh terhentak kebelakang dekat tangga slides.. pastu ade dak kecik tu terhentak kepala kt slides bile dh turun.. haih.. bnyk eksiden la afamosa nih..



Takpe.. yg penting mommy syg apai..

Selasa, 17 November 2015

Birthday celebration kt taska pula

Huntong ler anak.. 3rd birthday dah 3 kalik selebrate










best friend die tajul.. die mcm ayah siap ade bestfriend.. muka hitam dari tajul sbb burn goldcoast.. aaa entry goldcoast tak post lagik..

bnyk nak cerita tapi ujung tahun limited masa.. :D

Ahad, 15 November 2015

NAUFAL 3rd birthday 🎂

lokasi: cartel coffee shop kat sblh stadium seksyen 15.
makanan mahal dan tak sedap..
kopi power..
tapi adik waiter suweet soh kitchen buat deco kek bedday apai..

sambutan bersama abg cicak dan kak nurul..

sambut lepas balik dari goldcoast morib :)














Selasa, 10 November 2015

Emak saya

Rupanya dari kecil lagi sy mmg jenis yg tanak sshkn emak sy..

Kan sy anak yatim.. xpernah jmp abah.. abah sy meninggal sejak sy masih dlm kandungan.. dlu kecik2 dlm umur 10 11 thn sy slalu nanges layan perasaan sorang2 bile tgk gambar sy masa kecil.. masa baby baby.. sy sedih tgk sy sekecil itu tak pernah rasa kasih seorang ayah ☺..

Dan sy menangis sorang2 je.. seingat sy.. sy tak pernah menangis depan emak bgtau betapa sedihnya sy tak pernah melihat, berjumpa abah.. sy tak sanggup pon nk membincangkan perihal tersebut dgn emak sy.. sy sebolehnye tanak emak sy rase sedih rasa susah hati bila tau sy sedih..

Sampailah sekarang.. sy ada masalah apa pon.. kalau yg terlalu berat.. sy tanak emak sy tahu.. tanak emak sy ssh hati.. dah la jauh.. payah die nk pujuk sy.. nnt die ssh2 pikir mcamana anak die meneruskan hidup dgn masalah yg dihadapi.. biarlah masa yg menentukan.. ☺

Emak saya dh terlalu payah membesarkan anak2 tanpa suami disisi sejak umur 37thn lg.. selagi sy mampu menampung dugaan berat manapon biarlah emak sy fikir sy hidup bahagia saja 😊✌

Ahad, 1 November 2015

Conference of Asean Road Safety 2015



MIROS menganjurkan conference of asean road safety di kuala lumpur berjaya times square hotel pada 3-6 november 2015 bersempena perlantikan MIROS sebagai asean road safety centre.

sebagai secretariat kami mmg mengalu2kan org ramai menyokong penuh conference kami ni yang akan mengumpul road safety expert, researcher, dan policy maker yang penting2 untuk membincangkan permasalahan berkenaan kemalangan2 yang semakin meningkat kat negara kita dan seluruh asia tenggara. 

moh le kawan2 datang walk in rm 600 jek weh.. hhehe.. 
bnyk topik2 menarik tau dari aspek kenderaan, jalan, road user, road safety management, post crash trauma dan sebagainya.. mcm2 weh..

meh teman i seminggu kat hotel tu meh!

Jumaat, 30 Oktober 2015

Dan sy menangis sendiri

Untuk ape semua pengorbanan ini
Untuk siapa?
Utk kebahagiaan siapa?

Knp syg yg kene menanggung.. sorang2..
Saya bukanlah iron lady.. bukan juga perwirawati.. yg konon2 nye kuat utk bertahan menanggung segala kebullshittan ini

Utk apa sy tumpahkan airmata berkali2?
Sampai bile

Selasa, 27 Oktober 2015

Whassap group

Mari mengira berapa bnyk wassap group yg anda ada..

Step mudah..
1. G kat wassap setting
2. G kat chat n calls
3. Chat history
4. Delete chat

Lepastu anda tgk page wassap yg tunjuk msg2 anda.. hanya group window je yg tinggal lalu boleh kira..

Meh kita i punye:








Hahahahahah.. bnyk nyehhh.. 17! 

Isnin, 26 Oktober 2015

struggle

banyak jek nak tulis.. banyak jek nak luah.. ramai jek org yg nak dimaki..
banyak jek tak puas ati

tapi kalau di luah pada orgnye akan buat mereka-mereka sakit hati
bila diluah kat fb akan jatuhkan maruah
begitu jugak ngan blog..walopon blog hak milik sendri
berpada2 la kalau nak memaki hamun pon

maka.. pendam saja..


Jumaat, 9 Oktober 2015

Naufal dan jangkitan kuman di mulot

Naufal disahkan kene jangkitan kuman kat mulot, swollen gums, gums mudah berdarah, ulcer summore.. cannot eat n not even drink plain water.. botol susu pon tanak..

Demam start from a night before raya haji.. sampai la hari isnin.. selasa tu masih belom ok ayah die bawak g hospital KPJ.. KPJ sbb dekat dengan kajang kot kan.. ofkos la..

Masok air dan cuci mulot la sepanjang kt ward.. nanges2 kakak buat kakak buat.. mummy cant do anything dear.. sobs..




pekerje contoh.. EL seminggu masih bertungkus lumus buat keje kat ward..lolz




ayah die kata, time sakit naufal nak kat ayah jek.. which is tipu la kan.. ayah bukan ade jek kat hospital tu..  dtg kejap jek.. mcm tade beza jek dok hosp swasta yg mak bapak both boleh tido situ jaga anak.. haha.. so jgn terpedaya la dgn gambarajah naufal nak kat ayah jek.. hoh..

selepas hari ke 4 warded, hari ke 9 demam.. maka baiklah beliau dan boleh discharge.. dah ade selera makan dan dah boleh nyanyi2.. dah melompat2.. mummy pon tak larat nak tido katil kecik dan dah rindu ayah.. eh!.. maka balik la kami tak mampu dah nak dudok hospital lama2.. 

Rabu, 30 September 2015

Beza Paed Hospital Swasta ngan Kerajaan

This is the 1st time naufal warded hospital swasta yang ini, guna medical card..sbb kali ni penyakit bukan berpunca dari lungs or respiratory track.. maka, berjaya la menggunakan medical card yg bayar bulan2 mahal2 tu.. wahahha

tapi.. apa yg saya experience 1 hari 1 mlm ni kan.. mcm hosp gomen lagik best jek..

  • pagi2 ade org tukar cadar, kat sini takde pon dh pkol 9.. 
  • space utk 4 beds hosp gomen pon mcm lebih besar compared to swasta yg ini.. 
  • bilik air pon mcm gomen ade gak la kot sediakan sabun..
  • surau hosp gomen setiap level ade.. senang jek nak lari kejap g surau.. yg ni kat LG jek weh.. berlari aku bile naufal tade org jaga..
  • Gomen pon dokto MO slalu round n cek bersama segerombolan HO.. walopon die marah2 HO tu depan patient n parent.. tapik still, as a mother, at least i've been inform regularly on medical condition of my kid.. kt sini, dah sehari tapi still xde sape pon bg explaination kat i pasal penyakit naufal ni.. blood result pon tade sape explain pon.. hoh..
the most important point is:
  • aku lebih suke hosp yang sorang jek penjaga is allowed to stay pada waktu malam.. walaupon bercanggah dengan point nak berlari ke surau tu.. sbb pada aku kalau 2 org atau 1 famili pon dtg ke hosp menjaga patient, takkan bawak perbezaan dari segi menghulurkan bantuan.. always the mother jugak yg akan berjaga.. n the father make noises bunyik dengkor smp aku takleh tido tah laki sape tareti tido kat rmh ke.. wahahhaha.. n at this very early morning pkol 9 pon die sambung bedengkor.. haaa help me.. i slept at 4am kot mlm tadi not bcoz naufal cant sleep or wat..just bcoz of the noise that cam from katil jiran.. haaaa


entah le.. rase mcm aku opt for gomen.. maybe lagik 2 3 malam ni akan membawa perbezaan kot dari segi penerimaan aku kat hosp swasta.. lets see je la nnt..

Isnin, 28 September 2015

Poligami

Tulisan ini diambil dari SINI.. tidak salah berkongsi ilmu kan..

KENAPA SUAMI PERLU MEMINTA KERELAAN ISTERI SEBELUM BERPOLIGAMI?

Adab Permohonan Untuk Berpoligami

            Ada segelintir masyarakat yang berpandangan, keizinan isteri tidak penting dalam urusan poligami kerana sudah tentu kebanyakan wanita tidak mengizinkannya. Jika berhajat, buat sahaja. Mulut isteri hanya perlu dizip dengan ancaman berdosa, nusyuz(derhaka), menolak sunnah Nabi dan sebagainya.

Ya, poligami sah tanpa izin isteri. Tapi kerelaan isteri amat penting dan berpengaruh besar dalam kehidupan berumah tangga selepas itu.  Jika diabaikan, ia bakal menghancurkan tujuan suci perkahwinan untuk mewujudkan mawaddah, rahmah dan sakinah.

Biasanya suami yang berpoligami tanpa rela isteri melakukannya di Thailand atau di luar mukim. Poligaminya sah namun ia dianggap oleh masyarakat berpoligami tanpa adab. Melanggar lunas undang-undang. Berisiko tinggi untuk menzalimi hak sesiapa.

Hidup ini bukan sekadar mengetahui hukum tanpa seni melaksanakannya. Bukan juga sekadar ada seni melaksanakannya tanpa mengetahui hukum. Kedua-duanya sama-sama penting untuk mengecap bahagia. Tentang isu sah atau tidak sah suami berkahwin lagi tanpa izin isteri, diakui bahawa ianya sah. Namun, ia meninggalkan kesan dan risiko tersendiri dalam kehidupan berumah tangga selepas itu.

Kuasa Keizinan Mahkamah

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa cara pernikahan yang baik itu ialah apabila tidak ada penghalang yang menghambat pernikahannya daripada salah satu pihak, atau keluarganya, atau tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain-lain.[1]

Secara undang-undang di Malaysia, sama ada isteri mengizinkan atau tidak mengizinkan, rela atau tidak rela, permohonan untuk berpoligami mesti dituntut di mahkamah. Ketidak relaan isteri sedikit berpengaruh dalam keputusan mahkamah dalam menentukan sama ada suami mampu berlaku adil atau tidak.

Mahkamah Syariah mempunyai maslahah tertentu untuk membolehkan poligami hanya dengan izin mahkamah, iaitu mahkamah yang menentukan ‘keadilan’ seseorang dan kemampuannya memberikan nafkah. Konsep maslahah suatu konsep yang diiktiraf dalam Fiqh dan Usul Fiqh. Ini disebabkan oleh ramai orang yang menyalah gunakan keringanan (rukhsah) berpoligami khususnya orang-orang jahil.

Di Malaysia, mahkamah akan mempersoalkan tentang kecacatan fizikal isteri, ketidak mampuannya memberikan zuriat serta memenuhi keperluan seks suami dan sebagainya. Jika isteri telah memenuhi kriteria semua ini dan dia tidak rela dimadukan, mahkamah biasanya berkemungkinan besar menolak permohonan suami untuk berpoligami, bergantung juga kepada penelitian banyak faktor lain dan kebijaksanaan hakim.


Akibat Berkahwin Tanpa Izin, Mendera Perasaan Isteri dan Menghapus Bahagia Sekeluarga

Kita bincangkan pula, isu penting atau tidak penting suami berkahwin lagi dengan izin isteri. Mari merenung jauh, apakah impak poligami tanpa kerelaan isteri? Adakah ia berpengaruh kepada konsep membawa keburukan (mafsadah)?

            Sudah tentu.

Bukankah berpoligami tanpa rela isteri ini suatu penderaan perasaan yang amat dahsyat kepada kaum wanita? Jika dia marahkan suaminya sahaja, tidak mengapa. Bimbang nanti agamanya rosak apabila dia mula marahkan Allah. Bimbang juga jika kehancuran hatinya merangsang dia bertindak di luar kawal.

Wajarkah wanita dipersalahkan seratus-peratus apabila nanti dia mewujudkan perang demi perang lantaran remuknya perasaan? Siapa sebenarnya yang mencampakkan wanita ke dalam kezaliman ini apabila agamanya terfitnah kerana cemburu? Siapa yang telah mengheretnya kepada ujian hidup bermadu tanpa adab? Akibatnya, suami, isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga akan hilang bahagia. Siapa pencetusnya?

Kepentingan Izin Isteri untuk Mencapai Tujuan Perkahwinan Barakah

            Mari kita perhatikan, apakah rasional pentingnya suami meminta kerelaan isteri sebelum berpoligami. Sebelum itu, diingatkan sekali lagi, isunya di sini bukan sah atau tidak sah berpoligami tanpa kerelaan isteri, tetapi penting atau tidak penting kerelaan isteri:

1.      Meminta kerelaan isteri adalah suatu sikap mulia dengan mengambil prinsip umum kepentingan berbincang atau bermesyuarat dalam kepimpinan.

وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ (38)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan berbincanglah dalam urusan antara mereka.” (Surah Syura: 38)

Suami adalah pemimpin di dalam rumah tangga. Sebelum sesuatu keputusan besar dibuat di dalam keluarga, amat penting baginya berbincang dan bermesyuarat sesama ahli keluarga. Barulah dia dikira pemimpin yang bertanggung jawab dan amanah. Bukankah isu poligami adalah isu yang sangat besar dalam sesebuah keluarga? Melaksanakannya tanpa berbincang, adakah akan membawa bahagia? Atau bakal mencipta neraka dunia?

2.      Tanpa kerelaan isteri, ia menghancurkan hati isteri dengan penipuan dan menyembunyikan pernikahan,bertentangan dengan konsep al-mu’aasyarah bil-ma’ruuf(memperlakukan isteri dengan baik), seperti yang diingatkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Nisaa`: ayat 19.

3.      Islam mengiktiraf perasaan kewanitaandan ianya menyejukkan jiwa wanita. Pengiktirafan ini mengukuhkan institusi kekeluargaan. Suami yang meminta kerelaan isterinya dikira mengiktiraf perasaan isterinya itu.

Rasulullah SAW bersabda:


عَنْ عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ الْكِنْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَشِيرُوا عَلَى النِّسَاءِ فِي أَنْفُسِهِنَّ

Maksudnya:

Daripada ‘Adiy ibn ‘Adiy Al-Kindi daripada bapanya: Rasulullah SAW bersabda: “Berbincanglah dengan wanita tentang diri mereka sendiri.”

Jadi, wajarkah seorang suami langsung tidak mengambil pandangan isterinya sebelum berpoligami? Urusan poligami bukan urusan suami seorang bahkan melibatkan urusan isteri dan anak-anak. Maka, suara isteri wajar diperbincangkan bersama secara syura. Suami tidak boleh berlagak diktator kerana keputusan untuk berpoligami melibatkan hak orang lain. Jika hak itu dizaplimi tanpa izin, ia berpengaruh pada syurga dan nerakanya.

4.      Betapa Rasulullah SAW amat menghargai isteri, baginda berpesan kepada kaum suami apabila tergoda dengan wanita lain, segeralah menggauli isteri di rumah. Baginda tidak pernah berpesan agar segera menikahi wanita itu dan menduakan isteri kerana baginda menunjukkan contoh bernikah lagi bukan kerana nafsu tetapi kerana kepentingan agama.

Lelaki yang tertawan dengan seorang wanita dan bercinta secara haram di belakang isterinya kemudian berkahwin lagi tanpa kerelaan isteri, jelas perkahwinannya bukan kerana kepentingan agama tetapi kerana dorongan nafsu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda.“Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” (Riwayat Muslim).

5.      Bagaimana Fatimah al-Zahra mengetahui hasrat suaminya ingin berpoligami jika suaminya tidak berbincang dengannya? Jelas, Saidina Ali menghargai kerelaan isterinya dalam urusan ini dengan berbincang.

6.      Kenapa menantu-menantu Rasulullah yang lain seperti Saidina Usman dan Abul Ash Laqith bin Ar-Rabi’ tidak berpoligami? Mereka mengetahui Rasulullah tidak rela puteri-puterinya dimadukan. Jelas, Saidina Usman dan Abul Ash meraikan dan menghormati hati dan keizinan isterinya dalam urusan ini yang disampaikan oleh ayahnya sejak awal pernikahan.

7.      Seandainya isteri tidak merelakan, ia akan mengakibatkan pertengkaran dan pergaduhan besar. Biasanya sukar dimaafkan dan dilupakan selama-lamanya kerana isteri sudah hilang kepercayaan kepada suami. Sekaligus meruntuhkan tujuan perkahwinan untuk membina mawaddah, warahmahwasakinah.

8.      Seandainya perbincangan dengan isteri berlaku, ia akan membawa natijah sama ada isteri merelakan atau suami perlu memberi hak isteri sekiranya dia mempertahankan monogaminya di mahkamah atau minta dibebaskan dengan cara yang baik. Ia dapat mengelakkan pergaduhan besar dengan memberikan hak semua pihak.

9.      Kerelaan isteri pertama lebih memberi ketenangan hati kepada banyak pihak termasuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Realiti membuktikan bahawa poligami tanpa izin isteri selalunya sukar dan poligami dengan izin isteri selalunya sejahtera.

10.  Kerelaan isteri pertama dapat mengelakkan isteri kedua dan seterusnya sering berada dalam derita apabila suami bersikap lepas tangan. Manakala pembelaan untuk meminta suami menjalankan tanggungjawab dengan adil tidak ada kerana dia tidak terikat dengan mana-mana institusi yang boleh mengawal suaminya daripada melakukan ketidak adilan.  Janji-janji suami akan berkubur begitu sahaja kerana perkahwinan ini tidak mengikut prosedur undang-undang yang betul dengan meminta kerelaan isteri pertama terlebih dahulu, maka suami boleh mengabaikan janjinya sewenang-wenangnya.

11.  Kerelaan isteri penting supaya suami tidak boleh menafikan hak isteri pertama untuk menuntut agar mahkamah memerintahkan suami membayar nafkah isteri pertama dan anak secara tetap jika permohonan poligami suami dibenarkan (subseksyen 23 (10)(a)).

12.  Kerelaan isteri penting supaya suami tidak boleh menafikan hak isteri pertama untuk menuntut agar  mahkamah memerintahkan apa-apa aset yang diperoleh dengan usaha bersama dalam masa perkahwinannya dan suami, dibahagikan atau supaya ia dijual dan hasil jualan dibahagikan (subseksyen 23 (10)(b)), sebelum suami dibenarkan untuk berpoligami.

Isnin, 21 September 2015

U r just like my coffee



even though the same coffee, the same shop, the same flavor, the same style..
but the taste is not the same, and will not be the same.. cannot be the same each n every time i sip on it..

U.. my special U..



Ahad, 20 September 2015

Vape vapor viper kereta

Fenomena..
Fenomena masa kini yang kita, org jenis cepat terpengaruh ni, akan pasrah dn teros terpengaruh..

My husband bought it already.. lepas jmp amad huzairi kt melaka ritu.. laju je beliau beli utk diri sendiri..

Dan aku rase menyampah.. hahaha





At first aku mmg menyampah.. sbb i know my husband sgt2.. bkn baru ni je kenal by oi.. i rasa die takkan lama ngan dunia vape ni.. akan bergiat aktif kejap jek pastu dah bosan campak tah mana2..

Bila kita suarakan.. die buat muka konfiden jek la mcm biase

Tapi.. katanya dh tak suke rokok dunhill die skang.. katanya rokok dh x sedap.. yakyak pon bertemankan vape je.. kita tgk jek la kan.. semoga berenti tros la dunhill tu.. bagik berbaloi sket beli vape memahal..





Hoh.. tapi skrg.. sebagai isteri yg memberi dorongan dan galakan membina sgt.. aku plak terpengaruh ngan vape.. aku plak rase nak vaping sekali sekala.. mcm best plak vape tu.. walopon tak reti nak telan asap pastu hembus balik.. tapi mcm nak jek vape utk diri sendiri bile bosan2.. ahaks..

May i?

Rabu, 16 September 2015

Makan di... ASAM PEDAS Melaka

Restoran Asam Pedas Ani Parit Jawa


#throwback
makan kat melaka.. asam pedas yang dimasak fresh time kita order.. maksodnye die bukan readymade.. die masak ikot order.. huhu.. daps u olz.. 

lokasi carik sendirik guna google map.. wahahah kemalasan..

satu hidangan mcm kat bawah ni utk 2-3 org makan hanya RM50.. owesomeness





ikan jenahak bahagian ekor size A4.. hahah size A4 ok makan berdua.. amek ubat! hanya RM 39 jek utk ikan ni.. owesome kan.. sedap.. fresh.. tapi kuah die tak cukop masam dan tak cukop pekat mcm org johor buat.. hohoho..

tetibe terasa nak masak asam pedas walopon baru jek makan asam pedas smlm..hoh


Selasa, 8 September 2015

Piala radin bowling tournament

MIROS buat bowling tournament last weken.. pastu aku post gambo pastu rupanya lupa nak tulis ayat2.. hahahah.. so skang ni baru la teringat nak tulis ayat..

Team ditetapkan by centre. so kami VSB dah a tade sape nak wakil sgt.. ni pon muka2 terpaksa.. pastu bg laa 2 kumpulan jek.. lelaki 1 team pompuan 1 team..


VSB

markah2 1st to 3rd game.. mcm la org hirau sgt kan..









Ni la team wanita VSB.. muka berminyak so takde la menang sgt kan.. sbb muka berminyak jek pon.. hahahahha




kami dapat nombor 6. team lelaki dapat no 7.. ok la tu.. keseluruhan dapat no 2 bila combine markah 2 kumpulan.. jadik laaa




tapi kami simpan pemain terbaik wanita dalam team kami.. iyehehehe
Related Posts with Thumbnails