sebelum tu, antara faedah mencuci muka dengan sempurna menggunakan cara seperti akan saye terangkan ini adalah:
- kulit akan tegang
- tade kedut2 halus
- akan kelihatan remaja... piiiiweett..
cara-cara membersihkan muka supaya kelihatan muda remaja dan kulit tegang adalah seperti berikut (sila rujuk gambarajah untuk lebih paham)..
1. gunakan sabun pencuci muka yang sesuai dengan pH kulit anda
2. basahkan muka
3. dengan tangan yang bersabun, mulakan dari leher dengan sapuan ke atas
4. kemudian, beralih pada pipi.. bahagikan pipi kepada 3 bahagian (bahagian i, ii dan iii), raupkan sabun secara putaran keluar seperti dalam gambarajah.
- i) dari tepi bibir bawah ke bawah telinga
- ii) dari tengah bibir ke tengah telinga
- iii) dari atas tepi bibir ke atas telinga
5. tepi mulut.. dari bawah ke atas secara separa bulat kiri dan kanan
6. begitu juga tepi hidung
7. batang hidung diraup secara menegak keatas
8. beralih kepada dahi, secara menegak keatas..
9. bahagian mata, separa bulatan dari bawah mata dan terus ke atas
10. bahagian tepi mata juga menegak ke atas.
11. langkah2 ini boleh diulang beberapa kali sehingga anda berpuas hati
12. bilas sabun dengan bersih sehingga tiada sisa yang tinggal