Rabu, 30 September 2015

Beza Paed Hospital Swasta ngan Kerajaan

This is the 1st time naufal warded hospital swasta yang ini, guna medical card..sbb kali ni penyakit bukan berpunca dari lungs or respiratory track.. maka, berjaya la menggunakan medical card yg bayar bulan2 mahal2 tu.. wahahha

tapi.. apa yg saya experience 1 hari 1 mlm ni kan.. mcm hosp gomen lagik best jek..

  • pagi2 ade org tukar cadar, kat sini takde pon dh pkol 9.. 
  • space utk 4 beds hosp gomen pon mcm lebih besar compared to swasta yg ini.. 
  • bilik air pon mcm gomen ade gak la kot sediakan sabun..
  • surau hosp gomen setiap level ade.. senang jek nak lari kejap g surau.. yg ni kat LG jek weh.. berlari aku bile naufal tade org jaga..
  • Gomen pon dokto MO slalu round n cek bersama segerombolan HO.. walopon die marah2 HO tu depan patient n parent.. tapik still, as a mother, at least i've been inform regularly on medical condition of my kid.. kt sini, dah sehari tapi still xde sape pon bg explaination kat i pasal penyakit naufal ni.. blood result pon tade sape explain pon.. hoh..
the most important point is:
  • aku lebih suke hosp yang sorang jek penjaga is allowed to stay pada waktu malam.. walaupon bercanggah dengan point nak berlari ke surau tu.. sbb pada aku kalau 2 org atau 1 famili pon dtg ke hosp menjaga patient, takkan bawak perbezaan dari segi menghulurkan bantuan.. always the mother jugak yg akan berjaga.. n the father make noises bunyik dengkor smp aku takleh tido tah laki sape tareti tido kat rmh ke.. wahahhaha.. n at this very early morning pkol 9 pon die sambung bedengkor.. haaa help me.. i slept at 4am kot mlm tadi not bcoz naufal cant sleep or wat..just bcoz of the noise that cam from katil jiran.. haaaa


entah le.. rase mcm aku opt for gomen.. maybe lagik 2 3 malam ni akan membawa perbezaan kot dari segi penerimaan aku kat hosp swasta.. lets see je la nnt..

Isnin, 28 September 2015

Poligami

Tulisan ini diambil dari SINI.. tidak salah berkongsi ilmu kan..

KENAPA SUAMI PERLU MEMINTA KERELAAN ISTERI SEBELUM BERPOLIGAMI?

Adab Permohonan Untuk Berpoligami

            Ada segelintir masyarakat yang berpandangan, keizinan isteri tidak penting dalam urusan poligami kerana sudah tentu kebanyakan wanita tidak mengizinkannya. Jika berhajat, buat sahaja. Mulut isteri hanya perlu dizip dengan ancaman berdosa, nusyuz(derhaka), menolak sunnah Nabi dan sebagainya.

Ya, poligami sah tanpa izin isteri. Tapi kerelaan isteri amat penting dan berpengaruh besar dalam kehidupan berumah tangga selepas itu.  Jika diabaikan, ia bakal menghancurkan tujuan suci perkahwinan untuk mewujudkan mawaddah, rahmah dan sakinah.

Biasanya suami yang berpoligami tanpa rela isteri melakukannya di Thailand atau di luar mukim. Poligaminya sah namun ia dianggap oleh masyarakat berpoligami tanpa adab. Melanggar lunas undang-undang. Berisiko tinggi untuk menzalimi hak sesiapa.

Hidup ini bukan sekadar mengetahui hukum tanpa seni melaksanakannya. Bukan juga sekadar ada seni melaksanakannya tanpa mengetahui hukum. Kedua-duanya sama-sama penting untuk mengecap bahagia. Tentang isu sah atau tidak sah suami berkahwin lagi tanpa izin isteri, diakui bahawa ianya sah. Namun, ia meninggalkan kesan dan risiko tersendiri dalam kehidupan berumah tangga selepas itu.

Kuasa Keizinan Mahkamah

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa cara pernikahan yang baik itu ialah apabila tidak ada penghalang yang menghambat pernikahannya daripada salah satu pihak, atau keluarganya, atau tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain-lain.[1]

Secara undang-undang di Malaysia, sama ada isteri mengizinkan atau tidak mengizinkan, rela atau tidak rela, permohonan untuk berpoligami mesti dituntut di mahkamah. Ketidak relaan isteri sedikit berpengaruh dalam keputusan mahkamah dalam menentukan sama ada suami mampu berlaku adil atau tidak.

Mahkamah Syariah mempunyai maslahah tertentu untuk membolehkan poligami hanya dengan izin mahkamah, iaitu mahkamah yang menentukan ‘keadilan’ seseorang dan kemampuannya memberikan nafkah. Konsep maslahah suatu konsep yang diiktiraf dalam Fiqh dan Usul Fiqh. Ini disebabkan oleh ramai orang yang menyalah gunakan keringanan (rukhsah) berpoligami khususnya orang-orang jahil.

Di Malaysia, mahkamah akan mempersoalkan tentang kecacatan fizikal isteri, ketidak mampuannya memberikan zuriat serta memenuhi keperluan seks suami dan sebagainya. Jika isteri telah memenuhi kriteria semua ini dan dia tidak rela dimadukan, mahkamah biasanya berkemungkinan besar menolak permohonan suami untuk berpoligami, bergantung juga kepada penelitian banyak faktor lain dan kebijaksanaan hakim.


Akibat Berkahwin Tanpa Izin, Mendera Perasaan Isteri dan Menghapus Bahagia Sekeluarga

Kita bincangkan pula, isu penting atau tidak penting suami berkahwin lagi dengan izin isteri. Mari merenung jauh, apakah impak poligami tanpa kerelaan isteri? Adakah ia berpengaruh kepada konsep membawa keburukan (mafsadah)?

            Sudah tentu.

Bukankah berpoligami tanpa rela isteri ini suatu penderaan perasaan yang amat dahsyat kepada kaum wanita? Jika dia marahkan suaminya sahaja, tidak mengapa. Bimbang nanti agamanya rosak apabila dia mula marahkan Allah. Bimbang juga jika kehancuran hatinya merangsang dia bertindak di luar kawal.

Wajarkah wanita dipersalahkan seratus-peratus apabila nanti dia mewujudkan perang demi perang lantaran remuknya perasaan? Siapa sebenarnya yang mencampakkan wanita ke dalam kezaliman ini apabila agamanya terfitnah kerana cemburu? Siapa yang telah mengheretnya kepada ujian hidup bermadu tanpa adab? Akibatnya, suami, isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga akan hilang bahagia. Siapa pencetusnya?

Kepentingan Izin Isteri untuk Mencapai Tujuan Perkahwinan Barakah

            Mari kita perhatikan, apakah rasional pentingnya suami meminta kerelaan isteri sebelum berpoligami. Sebelum itu, diingatkan sekali lagi, isunya di sini bukan sah atau tidak sah berpoligami tanpa kerelaan isteri, tetapi penting atau tidak penting kerelaan isteri:

1.      Meminta kerelaan isteri adalah suatu sikap mulia dengan mengambil prinsip umum kepentingan berbincang atau bermesyuarat dalam kepimpinan.

وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ (38)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan berbincanglah dalam urusan antara mereka.” (Surah Syura: 38)

Suami adalah pemimpin di dalam rumah tangga. Sebelum sesuatu keputusan besar dibuat di dalam keluarga, amat penting baginya berbincang dan bermesyuarat sesama ahli keluarga. Barulah dia dikira pemimpin yang bertanggung jawab dan amanah. Bukankah isu poligami adalah isu yang sangat besar dalam sesebuah keluarga? Melaksanakannya tanpa berbincang, adakah akan membawa bahagia? Atau bakal mencipta neraka dunia?

2.      Tanpa kerelaan isteri, ia menghancurkan hati isteri dengan penipuan dan menyembunyikan pernikahan,bertentangan dengan konsep al-mu’aasyarah bil-ma’ruuf(memperlakukan isteri dengan baik), seperti yang diingatkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Nisaa`: ayat 19.

3.      Islam mengiktiraf perasaan kewanitaandan ianya menyejukkan jiwa wanita. Pengiktirafan ini mengukuhkan institusi kekeluargaan. Suami yang meminta kerelaan isterinya dikira mengiktiraf perasaan isterinya itu.

Rasulullah SAW bersabda:


عَنْ عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ الْكِنْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَشِيرُوا عَلَى النِّسَاءِ فِي أَنْفُسِهِنَّ

Maksudnya:

Daripada ‘Adiy ibn ‘Adiy Al-Kindi daripada bapanya: Rasulullah SAW bersabda: “Berbincanglah dengan wanita tentang diri mereka sendiri.”

Jadi, wajarkah seorang suami langsung tidak mengambil pandangan isterinya sebelum berpoligami? Urusan poligami bukan urusan suami seorang bahkan melibatkan urusan isteri dan anak-anak. Maka, suara isteri wajar diperbincangkan bersama secara syura. Suami tidak boleh berlagak diktator kerana keputusan untuk berpoligami melibatkan hak orang lain. Jika hak itu dizaplimi tanpa izin, ia berpengaruh pada syurga dan nerakanya.

4.      Betapa Rasulullah SAW amat menghargai isteri, baginda berpesan kepada kaum suami apabila tergoda dengan wanita lain, segeralah menggauli isteri di rumah. Baginda tidak pernah berpesan agar segera menikahi wanita itu dan menduakan isteri kerana baginda menunjukkan contoh bernikah lagi bukan kerana nafsu tetapi kerana kepentingan agama.

Lelaki yang tertawan dengan seorang wanita dan bercinta secara haram di belakang isterinya kemudian berkahwin lagi tanpa kerelaan isteri, jelas perkahwinannya bukan kerana kepentingan agama tetapi kerana dorongan nafsu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda.“Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” (Riwayat Muslim).

5.      Bagaimana Fatimah al-Zahra mengetahui hasrat suaminya ingin berpoligami jika suaminya tidak berbincang dengannya? Jelas, Saidina Ali menghargai kerelaan isterinya dalam urusan ini dengan berbincang.

6.      Kenapa menantu-menantu Rasulullah yang lain seperti Saidina Usman dan Abul Ash Laqith bin Ar-Rabi’ tidak berpoligami? Mereka mengetahui Rasulullah tidak rela puteri-puterinya dimadukan. Jelas, Saidina Usman dan Abul Ash meraikan dan menghormati hati dan keizinan isterinya dalam urusan ini yang disampaikan oleh ayahnya sejak awal pernikahan.

7.      Seandainya isteri tidak merelakan, ia akan mengakibatkan pertengkaran dan pergaduhan besar. Biasanya sukar dimaafkan dan dilupakan selama-lamanya kerana isteri sudah hilang kepercayaan kepada suami. Sekaligus meruntuhkan tujuan perkahwinan untuk membina mawaddah, warahmahwasakinah.

8.      Seandainya perbincangan dengan isteri berlaku, ia akan membawa natijah sama ada isteri merelakan atau suami perlu memberi hak isteri sekiranya dia mempertahankan monogaminya di mahkamah atau minta dibebaskan dengan cara yang baik. Ia dapat mengelakkan pergaduhan besar dengan memberikan hak semua pihak.

9.      Kerelaan isteri pertama lebih memberi ketenangan hati kepada banyak pihak termasuk suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Realiti membuktikan bahawa poligami tanpa izin isteri selalunya sukar dan poligami dengan izin isteri selalunya sejahtera.

10.  Kerelaan isteri pertama dapat mengelakkan isteri kedua dan seterusnya sering berada dalam derita apabila suami bersikap lepas tangan. Manakala pembelaan untuk meminta suami menjalankan tanggungjawab dengan adil tidak ada kerana dia tidak terikat dengan mana-mana institusi yang boleh mengawal suaminya daripada melakukan ketidak adilan.  Janji-janji suami akan berkubur begitu sahaja kerana perkahwinan ini tidak mengikut prosedur undang-undang yang betul dengan meminta kerelaan isteri pertama terlebih dahulu, maka suami boleh mengabaikan janjinya sewenang-wenangnya.

11.  Kerelaan isteri penting supaya suami tidak boleh menafikan hak isteri pertama untuk menuntut agar mahkamah memerintahkan suami membayar nafkah isteri pertama dan anak secara tetap jika permohonan poligami suami dibenarkan (subseksyen 23 (10)(a)).

12.  Kerelaan isteri penting supaya suami tidak boleh menafikan hak isteri pertama untuk menuntut agar  mahkamah memerintahkan apa-apa aset yang diperoleh dengan usaha bersama dalam masa perkahwinannya dan suami, dibahagikan atau supaya ia dijual dan hasil jualan dibahagikan (subseksyen 23 (10)(b)), sebelum suami dibenarkan untuk berpoligami.

Isnin, 21 September 2015

U r just like my coffee



even though the same coffee, the same shop, the same flavor, the same style..
but the taste is not the same, and will not be the same.. cannot be the same each n every time i sip on it..

U.. my special U..



Ahad, 20 September 2015

Vape vapor viper kereta

Fenomena..
Fenomena masa kini yang kita, org jenis cepat terpengaruh ni, akan pasrah dn teros terpengaruh..

My husband bought it already.. lepas jmp amad huzairi kt melaka ritu.. laju je beliau beli utk diri sendiri..

Dan aku rase menyampah.. hahaha





At first aku mmg menyampah.. sbb i know my husband sgt2.. bkn baru ni je kenal by oi.. i rasa die takkan lama ngan dunia vape ni.. akan bergiat aktif kejap jek pastu dah bosan campak tah mana2..

Bila kita suarakan.. die buat muka konfiden jek la mcm biase

Tapi.. katanya dh tak suke rokok dunhill die skang.. katanya rokok dh x sedap.. yakyak pon bertemankan vape je.. kita tgk jek la kan.. semoga berenti tros la dunhill tu.. bagik berbaloi sket beli vape memahal..





Hoh.. tapi skrg.. sebagai isteri yg memberi dorongan dan galakan membina sgt.. aku plak terpengaruh ngan vape.. aku plak rase nak vaping sekali sekala.. mcm best plak vape tu.. walopon tak reti nak telan asap pastu hembus balik.. tapi mcm nak jek vape utk diri sendiri bile bosan2.. ahaks..

May i?

Rabu, 16 September 2015

Makan di... ASAM PEDAS Melaka

Restoran Asam Pedas Ani Parit Jawa


#throwback
makan kat melaka.. asam pedas yang dimasak fresh time kita order.. maksodnye die bukan readymade.. die masak ikot order.. huhu.. daps u olz.. 

lokasi carik sendirik guna google map.. wahahah kemalasan..

satu hidangan mcm kat bawah ni utk 2-3 org makan hanya RM50.. owesomeness





ikan jenahak bahagian ekor size A4.. hahah size A4 ok makan berdua.. amek ubat! hanya RM 39 jek utk ikan ni.. owesome kan.. sedap.. fresh.. tapi kuah die tak cukop masam dan tak cukop pekat mcm org johor buat.. hohoho..

tetibe terasa nak masak asam pedas walopon baru jek makan asam pedas smlm..hoh


Selasa, 8 September 2015

Piala radin bowling tournament

MIROS buat bowling tournament last weken.. pastu aku post gambo pastu rupanya lupa nak tulis ayat2.. hahahah.. so skang ni baru la teringat nak tulis ayat..

Team ditetapkan by centre. so kami VSB dah a tade sape nak wakil sgt.. ni pon muka2 terpaksa.. pastu bg laa 2 kumpulan jek.. lelaki 1 team pompuan 1 team..


VSB

markah2 1st to 3rd game.. mcm la org hirau sgt kan..









Ni la team wanita VSB.. muka berminyak so takde la menang sgt kan.. sbb muka berminyak jek pon.. hahahahha




kami dapat nombor 6. team lelaki dapat no 7.. ok la tu.. keseluruhan dapat no 2 bila combine markah 2 kumpulan.. jadik laaa




tapi kami simpan pemain terbaik wanita dalam team kami.. iyehehehe

Isnin, 7 September 2015

Semangat ISNIN

March 1985 Calendar
Saya lahir hari isnin.. bukti kat kalender atas.. 18hb..
Saya selalu bersemangat bile hari isnin.. say atakde rase monday blues sgt.. selalu bersemangat.. lagik effisen.. lagik banyak keje siap.. wahahha...

meh tinjau ape character org lahir hari isnin... sume nye mcm same jek ngan saya.. especially bab sedeh tapi boleh semunyikkan perasaan sedeh dgn senyuman.. that the real me :)



Isnin: Lambang Bunga 
Bunga biasanya disukai orang kerana keindahannya. Begitu juga yang lahir pada hari Isnin ini, lebih cenderung mementingkan penampilan lahiriah. Di mana-mana berada dia selalu tampil rapi dan cantik. Jadi tidak hairan kalau banyak orang yang menyukainya. Kekurangannya adalah sering membanggakan diri dan keras kepala, tapi si bunga ini juga murah hati sebenarnya..

Isnin
Orang yang lahir pada hari isnin ini seorang yang bersikap jujur, tidak mudah nak gelabah tak tentu hala. Selain itu, mereka yang lahir pada hari isnin dikatakan mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan mereka. Sikap tersebut ternyata disenangi oleh kawan-kawan mahupun pasangan masing-masing. Sentiasa menghulurkan bantuan, cergas, berusaha kuat, teliti serta pandai menguruskan kewangan mereka. Namun, mereka yang lahir pada hari isnin mempunyai sifat marah yang keterlaluan serta mudah cemburu dan enggan mengalah. Dalam percintaan pula mereka seorang yang tersangat setia dan rela berkorban tuk pasangan masing-masing.

Lahir pada hari ISNIN:

rupawan
berwajah ceria
tingkah laku periang, memiliki rasa humor yg tinggi, suka menyanyi atau buat sesuatu yg sedap mata melihat, org lebih gemar melebelnye sebagai si ceria
ada juga yang mengatakan nya rupawan
daya penarik kuat bila berada di kerumunan. wajah yg tampak 'bercahaya' sering kelihatan menonjol.
murah senyum, sedap mata memandang, meskipun pada waktu itu hatinya sedang gundah gulana. ini kelebihan kerana dia begitu rapi menyimpan segala sesuatu yang ada dalam hatinya. maka amat layak sebagai simbol 'HARI PERTAMA' dalam memasuki harapan baru setelah melalui kesukaran hari2 sblmnya. 

isnin.. ceria seindah lukisan

Rabu, 2 September 2015

Singgah bukit tinggi

Ni cerita bila lepas turun dr genting.. tros ke bukit tinggi.. ye la genting kan xde apape yg boleh dibuat.. semua mainan dh gondol..

Maka bukit tinggi here we come.. xpnh g kan.. maka moh le kite g.. ingat dekat je de simpang.. rupanya jauh gak naik atas dgn pening2






Terpejam2 mata naufal silau panas sgt.. both parents pentingkan diri sendiri pkai aligator sunnies tapi anak kepanasan kesilauan.. hahahha












tade ape pon kat atas ni.. kat bukit tinggi ni.. bangunan jek ala2 omputih.. ade i kisah ke bangunan omputih? dah belajo oversea 4 tahun kot kan.. hahahha belagak nada tu..

jalan jalan la 2 3 tapak pastu bosan dah jom balik.. hahaha


Selasa, 1 September 2015

Berkelah di sg congkak on merdeka day



jeng jeng jeng.. comei tak apai? dok bertenggek atas baru.. menung apetah.. haha.. kecik2 dah menung.. comel sgt nih!

merdeka day kami dua famili bergerak berjalan2 di sg congkak.. saja nak spent family time together.. lagipon ayah sanggop berkorban cuti ngajar.. pastu ajak skalik famili kerani sekolah memandu die.. berbondong2 la kami bergerak ke sg congkak.. nak ajak cicak adik angkat tak free plak sbb nak urus hal famili beliau yg eksiden.. xpe la kami2 je pon ok.. abg kimi banyak mulot.. fun!

sejok giler air die uolz.. org ramai tapi sbb kami gigih pergi pagi2.. pkol 930 jugak aa smp.. tade la awal sgt kan.. dapat a port yg agak best tertutop dan landai.. just nice for us.

masok ke congkak ni kalau yg bahagian ujung tu kene bayar rm 1 adult pastu ade gst.. hahha.. comel jek






budak kecit nanges kat belakang tu tak ingat dah pasal ape tah nanges.. yg penting mak bapak tetap nak selpie... ade ktrg kesah naufal tgh nanges? gambo utama.. hehe




Si comel! anggun betol atas batu.. time ni dah kecut2 dah jari bibir biru2 dah tapi tanak balik lagik.. haha


pergi 2 famili.. naufal tros baik ngan abg kimi.. die suke la kawan ngan abg-abg kan.. kalo adik kecik die tak minat.. hoho..

Related Posts with Thumbnails