Siapa yang dikurniakan suami yang ringan tulang? Tidak kekok membantu membereskan kerja rumah tanpa diarahkan. Bertuahlah wanita tersebut kerana mempunyai suami yang lari daripada lelaki tipikal yang sering digambarkan.
Kepada papa-papa yang termasuk dalam katergori tersebut, tahniah diucapkan. Anda sememangnya lelaki yang hebat! Pastinya ia tidak pernah melunturkan ‘kemachoan’ anda sebagai suami dan papa.
Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk papa membantu mama dalam membereskan kerja-kerja rumah. Apatah lagi sekiranya sama-sama keluar bekerja dan pulang ke rumah menjelang malam. Tentu sahaja jika seorang yang dibebankan dengan segala urusan rumah tangga, tentu tidak terkira kepenatannya.
Tahukah papa semua, contoh yang anda tunjukkan dengan membantu isteri membuat kerja rumah telah memberi nilai positif kepada anak-anak. Anda menjadi model ikutan anak-anak. Secara tidak langsung anak-anak amat menyanjung papa mereka yang rajin membantu dan pastinya ia memupuk sifat rajin anak-anak untuk turut membantu membuat kerja-kerja rumah.
Apa kata mulai hari ini, berbahagilah kerja-kerja rumah anda. Mungkin boleh dimulakan dengan tugas-tugas ringan terlebih dahulu seperti menyapu lantai rumah, membuang sampah di dapur, membasuh pinggan mangkuk ketika isteri sibuk memasak dan selepas makan, menukarkan lampin anak ketika isteri sibuk di dapur dan bermacam lagi tugas rumah tangga yang anda sendiri lebih tahu.
Percayalah bantuan yang dihulurkan walaupun sedikit, ia membantu meringankan bebanan isteri yang perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak selepas pulang dari pejabat. Keadaan rumah yang bersih tentu sahaja tidak mengganggu fikiran anda berdua dan anak-anak juga lebih gembira. Yang pastinya, ia turut memberi kesan positif kepada keharmonian rumah tangga anda.


Nota kaki : text ni i cedok dari majalah Pa&Ma.. hehe.. relevant sgt dgn waktu berpuasa.. mananya bekerja dari pagi.. balik pula perlu melayan rengekan dan tuntutan anak disamping memasak kelentang kelintung didapur.. alangkah bahagianya jika berkelentang kelentung tu dibuat bersama2.. potong bawang berpegangan tangan.. basuh ayam sama2.. jerang air dan masak nasi saling bergilir2.. alahai indahnya.. suweeettt sgt suami I..