Sabtu, 29 Ogos 2015

FSmile




We smile bcoz we want others to smile too, to feel appreciated and not feeling disappointed after so much sacrifices, affords and energy to make us smile again. 


crying, despressed, fake smile, hurt, i hate you, love sucks, sad



Jumaat, 28 Ogos 2015

Genting escape-ed

Bercuti... bercuti ke hanimoon ke tatau.. is currently at genting highland.. menduduk kt first world hotel rm60 pernight..

Berjalan2 dalam first world plaza je dr arrived smp la ke mlm2.. sbbnye outdoor under renovation.. indoor ok tp untuk kanak2 je parents xleh sertai..

Out door jadik camni ha.. landai leper..





Alternative adalah bg je naufal naik 1 ride.. pastu die merayu2 nak main bowling..layankan..







Bowling lepas pkol 6 adalah glow in the dark bowl.. huhu.. enjoy ler mamat tu main 1 game.. sementara ayah main samonowar die.. mamy layan apai m3n bowl










Prestasi sgt membanggakan compared to the firsttime.. sbb 1sttime dlu die golekkan je ball tu.. this time die campak ball tu smp nak berlubang lane.. hahahha

Adakah gambar terbalik terbalik? Nnt dh smp rmh nnt kasik adjust la.. guna apps susahhh..

Malam kami bercanda di taman bunga kiambang.. haha.. sojuk smp ke tulang.. bergetar tulang rusuk saya.. lol







Rabu, 26 Ogos 2015

Mintak petua kecikkan idong

Tolong tolong..

camne cara nak kecikkan idong yg kembang mcm buah jambu?
cam buah gajus tu?
bukan lubang idong yg kembang tau.. tapik die punye fizikal idong tu.. haha

camne ek?

mencik amek gambo nampak idong jek.. lol.. tapi tu ciptaan tuhan.. bawak rezeki tu weh..

hahaha

Isnin, 24 Ogos 2015

Klinik pakar kulit nagoke

saya nak balik JB berdua ngan naufal nak jumpa dr Klinik Gong suami tak bg. so die kene carik alternatif untuk saya. sbb die suami saya.

Maka kami try g klinik kat tanjung tualang sbb keluarga suami mmg suke klinik ni.. so tade hal.. no harm.. meh g..

Inilah klinik nye.. klinik nago.. tapi ejaan nagoke.. baca intonasi org perak bota kanan k..



Selpie yg bertujuan nak nampak nama klinik.. nak amek gambo dr depan2 segan.. hoho



list panel yg ade kat nagoke.. opis saya takde.. 


Dr Hensem.. apetah nama Dr ni.. sempoi saje



kebetulan time nak g dah tu.. dapat tau abah mertua dan adik2 ipau nak g ke perak jugak.. haa berbondong2 la kamu g skalik konvoi.. seronok..

aktiviti lain nnt cerita ye.. next entry.. nnt sunyi plak tade topik dan bahan..

  1. Address: No. 9, Laluan Sungai Durian, Tanjung Tualang, Tanjung Tualang, Batang Padang, Malaysia

Ktrg start tunggu klinik bukak dari pkol 7:30 pastu g makan dlu datang balik dah dapat nombor 17.. 
untuk rawatan gatal kulit.. mengatal ke ape.. dapat injektion, sabun mandi, krim sapu.. harga die RM 165 jek..

sukar betol org ade masalah kulit ni.. duit mengalir ke klinik kulit je.. haih dugaan..

Jumaat, 21 Ogos 2015

Media Appearance: Interviewed by Nona


Muka polos takde mekap2.. polos ke camni? sesuai ke term tu?

Isnin lepas lepas.. Nona dtg MIROS utk interview berkenaan kerusi keselamatan kanak-kanak untuk segmen Fokus/Realiti Nona.. Disebabkan Nona tu keperempuanan sgt.. maka aku diberi peluang.. TQ bro!

Memang nervous beb.. nasib baik rakaman, kalau live tatau a nak lari kemana.. haha nervous sbb takot tak lancar.. n yes, tak lancar pon tutur kata.. tapi masa siaran nampak cool jek.. sbb abg yg edit video dan suara tu sgt hebat! Saya tabik! Tq kat Nona, TV3, Wartawan Nona Anne Rizah, abg audio yg ensem, abg kameraman yg kewl.. tq sgt jadikkan saya mcm artis kejap.. hahaha

Ni la gambar2 sepanjang rakaman.. dan gambar2 yg kawan2 snap semasa Nona disiarkan.. ahagha.. malu nau nau.. 









Siaran adalah hari ahad lepas.. saje tanak up awal2 kat blog sbb segan.. tak dapat jangka camne gagapnya dalam TV.. hahah.. dan tonton.com.my patutnya up siaran ni utk episod 31.. tapi depa salah upload 2 kali siaran minggu2 sudah.. maka saya kecewa.. suami saya tak tengok lagik kredibility dan bakat terpendam isteri die ni dalam TV.. wahahhaha..

Menyampah pulak aku baca.. harap tade sape jeles ngan kecomelan dan kesopanan saya dalam TV.. ahaks...

Khamis, 20 Ogos 2015

IKAN BAKAR Belakang Istana, Kuala Lumpur

Major throwback :D

Nak umumkan kedai makan terbest kat Kuala Lumpur.. Kedai makan yg nyums sgt sambil jilat2 jari sambil peloh membasahi dahi..

Restoran tersedap di Kuala Lumpur... Restoran ikan bakar kak jat belakang istana... Pergh taip nama kedai pon air liur merembes lalu celah2 gigi.. hahaha..

Makanan kat sini sedap.. Walopon takde aircond.. Peloh curah2 disamping kuah kicap dan air asam pedas2 bercucuran air mata.. Harga berpatutan.. mmg baloi2 nak g time opis hour.. hahaha

Lokasi: Jalan Bellamy
Nama kedai: Kedai Kak Jat
Waze: Ikan Bakar Jalan Bellamy
Landmark: Belakang Istana

Harga: RM 38
2 air teh ais
2 nasik
2 sayur
1 sotong bakar
1 pari bakar
1 cinta meluap2 ikat tepi sbb kepedasan dan kepanasan serta kesedapan..haha





proses pembakaran.. menggiurkan air liur slurpppsss...


Pari bakar die.. size just nice utk a person n a girl yg comel dan tumpang cubit2 sikit..


Sotong bakar die.. nyums sgt sgt nih!


my hensem hubby.. makan tanpa menoleh lagik.. hehe.. Love U
yg ni la yg ikan tepi bungkus bawak balik :p LOL


Rabu, 19 Ogos 2015

Naufal berbowling

Layan perasaan.. binasa.. maka kita hapuskan stress ngan berbowling.. dapat a jugak 56 mata.. dan mata akhir naufal adalah higher than mine.. deng..

Naufal mmg kemaruk bowling sejak 3 bln lepas.. sejak die tgk bowling competition kt sports tv.. pastu mak die belikan bowling spidermen set yg plastik tu.. g ioi city nmpk iklan yg ade gambo bowling kt dinding2 kedai yg blm operasi sebok2 sebut..

Dan smlm adalah 1st time naufal try bowling.. itupon sbb mummy nmpk a little girl baya2 die tgh main sambil naikkn palang tepi longkang tu.. comel sgt budak itu.. baru la tau boleh buat gitu.. maka a game for mummy n a game for naufal.. hihi..

Dan mami kalah terok! LOL











Selasa, 18 Ogos 2015

Target achieved

Harini, again, bekerje di PC3 Melaka.. Maka, banyak la aktiviti melibatkan kaki.. berjalan ke hulu ke hilir tanpa tujuan.. haha..

Dapat la achieve target utk 10,000 langkah per day.. kalau bekerje kat opis jek, dapat jalan dalam 5,000 steps jek paling maximum.. dalam pukol 6 petang tu saya dapat award darik SHealth apps.. dapat award sbb dah achieve 10,000 langkah.. pastu malam tu sambung makan2 kat alamanda maka dapat lagik 3,000 steps.. dah pkol 11 mlm.. dah ready nak tido, saya punye steps count dalam 13,000 ++

Bangga seh!





Ahad, 16 Ogos 2015

Some notes for me.. semoga tabah

MEMETIK DARI BLOG LAIN..

Tetap menjadi hambaNYA yang bersyukur dan meng'upgrade pengurusan hati - sebagai bekal kekuatan di alam pinjaman yg tidak kekal.

Pengurusan hati...Ya, sangat penting. Kerana hampir semua masalah kita dengan ALLAH dan orang lain, adalah dari cara kita mengelolakan hati. Hati yang bersih dan kuat - melahirkan tindakan dan ucapan yang menenangkan. Hati yang kotor tanpa dirawat - menonjolkan perilaku yang sulit lagi tidak menyenangkan.

Apa khabar hati? Kadang-kadang banyak masalah tak selesai kerana hati yang tidak dirawat - hati yang malas, hati yang jahil, hati yang berprasangka, hati yang tidak mahu memaafkan, hati yang dendam, hati yang tak sabar, hati yang didiami syaitan kerana jauh dari tuhan... ayuh muhasabah hati...! Ayuh kita gotong royong membasuh hati sebersih-bersihnya..!

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” [al-Hasyr 59:19]

Sewaktu hati rasa tidak punya kekuatan apa-apa lagi, jangan putus harap dengan kekuatan doa - ia mampu merubah api menjadi salji... bersangka baiklah denganNya.

Isilah hati dengan niat yang baik-baik. Berniat untuk berbuat baik dan berkasih sayang dengan insan sekeliling. Berniat untuk menggembirakan orang lain, kerana ALLAH. Sekalipun kasih sayang dan kebaikan kita kadangkala tidak mendapat perhatian apatah lagi ganjaran dari manusia. Sesungguhnya ALLAH pasti membalas dengan sesuatu yang tidak kita sangka, bila kita benar-benar mencintai kerana ALLAH.

"If all I cared about was my own happiness, it would be impossible to be happy, because I'd literally have nothing to be happy about. Happiness is impossible if all I want is my own happiness."


Di pagi hari, jangan lupa beraktiviti untuk menguatkan hati dengan zikir pagi yang diajar Rasul SAW dan bacalah Al Quran selembar dua dengan difahami makna, moga hati tersiram segar dengan ayat-ayat ALLAH.

Hati perlu dilatih untuk bersabar. Sabar orang melayu, ada batasnya.. Sabar orang mukmin, bersabar dan dikuatkan kesabaran itu hingga menginjak kaki ke syurga..bersabarlah, kerana Allah. Tiap kali hati seakan tak mampu bersabar - dapatkan talian hayat - ALLAH! Minta kekuatan dari ALLAH, minta ALLAH bersama kita dalam semua keadaan.

Hati perlu digilap dengan keimanan. Bertungkus lumuslah mencari nikmat iman...kerana iman akan mempersembahkan ketenangan dalam hidupmu, sepanjang perjalanan bertemu tuhan... Hati yang beriman tidak putus asa dengan cabaran, kerana percaya di sana kasih sayang dan ampunan ALLAH selalu ada buat kita.

Banyak perkara berlaku yang manis dan yang pahit... ALLAH tidak mungkin mentakdirkan perkara yang sia-sia.. Wahai hati, ambillah masa untuk mengenali dan mencintai Allah, nescaya hati ini kan mampu menerima dengan tenang segala yang datang dari Tuhan..

Cinta kasih dan sayang itu Allah yang datangkan pada kita.. juga pada mereka.. hanya pinjaman.. yg tak dpt dijangka apa pengakhirannya.. bila akan berakhir.. nikmatilah segala kemanisan.. hargailah segala kebaikan..

Sabtu, 15 Ogos 2015

Jamuan raya jamuan perpisahan

Miros.. dh jadik mcm ape ek.. susah nak cakap..

Dah ramai sgt yg berenti.. masok org baru x smpt kenal2 mesra tepok tampar.. berenti lagik tukar2 org..

Bile masok surau dh rase sunyi sbb dh ramai dak baru yg xtau pon sape.. yg senior2 dh x solat kt surau sbb tmpt ada port solat.. so, berita2 hot tidak lagik boleh digarap disurau.. haha

Lalu.. jamuan raya dah menjadik jamuan perpisahan.. mcm jamuan vsb aritu meraikan yop ngan gombak.. pastu jamuan raya miros merupakan last day dollah.. haih semua pon mengubah haluan.. when is my turn?

Kalau aku berenti.. aku akan tros carik kerje bukan di selangor.. aku akan teros berpindah negeri ke johor.. x kiralah situasi macamana pon.. sbb dh tawar hati aih..

Maka nak share gegambar jamuan raya.. eh bnyk dh delete la.. lol..

Ok bye.. mmg gambar2 sume dh delete.. hahahaha

Selasa, 11 Ogos 2015

Respect have to be earn

Sukar untuk mengaplikasi 'unconditional respect' pada suami. Seriously amat sukar. I'm still learning. And its hard n getting harder each day.

Memetik dari blog Safiya berkenaan issue respect between husband n wife:

'Yes we have to respect husband unconditionally.. Sebab dia ketua dalam keluarga… Dia korbankan tenaga dan harta dia untuk sara keluarga… But then nowadays… Wife also korbankan tenaga keperempuanan cari rezeki.. .Bayar living cost together..semua bayar nak bahagi 2…..kerja-kerja rumah pon kena buat… No difference..'

Yeah.. kita ni si isteri, pelbagai alasan lah kita taburkan untuk menyatakan kesukaran nak menghormati suami sehabis hormat seperti kita menghormati ibu bapa kita.. seriously ramai je yang sukar nak angkat level hormat suami at par dengan hormat ibu dan bapa.. tapi itu semua tuntutan Allah.. Allah telah menetapkan bahawa, suami WAJIB dihormati no matter what!

Allah beratnya la tajuk ni.. better aku kopi pes jek kan ape yang sis Safiya telah kupaskan:

Kenapa kena hormat suami?

Saya fikir gini.. (supaya boleh make the struggle much easier)… yang suruh kita hormat suami tu ialah Allah… jadi kita buat bukan bukan semata sebab kita rasa suami tu layak dihormati  tapi buat tu just semata mata sebab Allah suruh, … hakikatnya yang diingini itu ialah redha Allah and bila struggle nak hormatkan suami tu kerana Allah…  Allah yang akan beri kebaikan yang banyak …melalui suami kita…  Percayalah…
Jangan kita jadi manusia yang cuma harapkan kebaikan dari manusia lain termasuklah suami… kerana bukan suami yang sebenarnya beri kita kebaikan tapi Allah lah yang sebenarnya beri kita kebaikan,  apabila kita patuh pada perintah Allah..  saya perlu sentiasa ingatkan diri saya supaya merasakan sesuatu itu adalah dari Allah… bukan nampak manusia semata..

Cara berfikir amat mempengaruhichange-the-way-you-look-at-things

Kena fikir gini…  “Saya hormat ni bukan sebab suami saya gini gini… Tapi semata mata sebab Allah suruh” .. Suami layak tak layak dihormati, itu cerita lain… Cuba buat dulu, anda tentu akan rasa perubahan..  Allah mampu ubah dan lembutkan hati seorang suami… kerana dia juga hamba Allah yang setiap sesuatu yang ada padanya milik Allah jua.
SubhanaAllah.. Moga Allah bagi kekuatan kepada kita, wanita, yang diuji dengan ujian kecil seperti ini. SubhanaAllah.. sesungguhnya Syurga Allah itu luas untuk kita para isteri dan ibu.. Moga kita dipilih untuk menjadi insan yang terawal memenuhi Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakiNya.. 

Nota cinta:
Ayah Naufal, mummy minta maaf untuk segalanya. Halalkan segalanya. Tegurlah sekiranya mummy kembali membuat salah dan dosa. InsyaAllah, I love U bukan atas tiket diri by dan siapa by, tapi kerana Allah. Mengejar redha Allah itu paling indah. I'm still learning dan harap by sentiasa membantu tanpa jemu. 

Khamis, 6 Ogos 2015

Berjoging semula

Balik dari Lab PC3 kat melaka terawal.. pukol 4.30 dah sampai rumah. maka gigih la g berlari sebelum amek naufal kat taska.. lalu sebelah taska buat2 tak nampak jek.. haha


Guna apps NIKE running.. dah lama installed tapi baru 1st time guna.. slalu guna Run Keeper..
Syok gak apps ni.. tapi bila kita mcm berenti betolkan tali kasut nnt die pause exercise.. so tatau la accurate ke tak yg aku berlari tu ha..  lari 3 bulatan balapan dah gibap.. sbb sayang otot kaki..

panas giler time lari sbb baru pkol 5 ptg.. pastu dah 2 bln tak jejak kaki kat balapan.. dah seram2 nak push to the limit.. maka pulanglah kita.. 


Beli arm band phone holder ni kat Gadget World kedai baru bukak kat Seksyen 15.
RM 28 takde diskaun.
Tapi mmg sgt membantu dalam menyebabkan larian yang dilakukan dapat dipantaskan. 
Selalu phone jog tracker letak dalam poket seluar..pastu rase seluar nak tercabut sbb phone berat.
Dengan arm band ni tidak ada masalah lagi.



Dengan larian yang dilakukan selepas pulang dari Lab kat melaka.. teros SHealth, apps kat dalam note4 bg award the most active day.. ye lah 1st time dapat achieve 10,000 langkah weh.


Sabtu, 1 Ogos 2015

Klinik 'pakar' kulit utk ekzema

Aku kan mengalami alahan kulit yg terok lepas buat diet atkin dlu.. smp aku stop diet.. mendadak berat naik 10kilo mcm baru lepas makan sekampit beras..

Alahan gatal2 yg terok gile smp laki ku pon x sudi memandang diriku... hahaha.. keje menggaru je malam2 smp luka2..

Dah hampir setahun la aku kene.. pastu akk aku paksa g klinik gong kt jb time balik cuti raya aritu..

Mmg klinik yg menyeramkan.. haha.. mcm usang kan..




Klinik bukak lewat dlm pkol 11pagi camtu.. tapi akk aku kata tutop pkol 12 pkol 1 tghari camtu dh tutop.. hhaha.. pastu doktor panggil 3 org skalik gus utk masok bilik pemeriksaan.. akk aku dh biase, so die soh tunggu org lain tu keluo dlu dr bilik doktor..semua org keluo bawak slip MC.. haha pala klinik ni..

Doktor cek tempat gatal tu.. bg injection sikit.. bg ubat kat rak ubat tepi die je.. pastu tulis resit.. bayar kat doktor tu sendiri... hahahahhaha... legend!

Tapi alhamdulillah.. dh tak gatal dh stakat 2 minggu selepas injection.. langsong tros hilang gatal2.. kulit tros licin.. cume tinggal parut yg makan masa la nak ilang..sobs.. takpa dugaan..

Untuk yg suffer ekzema terok..dan kebetulan berada kt jb tu.. pegi la dptkn injection majik dr doktor gong.. insyaAllah baik.. harap x berulang lagik la gatal2 ni.. tak sanggop.. rase nak potong kaki pon ade tau..

Ni alamat klinik. Bersebelahan KSL city mall..
Klinik gong
45, Jalan Serigala, Century Garden, 80250 Johor Bahru, Johor,
Related Posts with Thumbnails