Jumaat, 12 Oktober 2012

Idea: cukur jambul + akikah


Kami laki bini mcm pening2 lalat pikir idea camne nak wat cukur jambul ngan akikah.. mcm2 kami nak wat.. mcm2 cara kami jumpe dlm gugel.. tapi mcm tak paham.. what is the basic requirements.. camne nak aturkan majlis tu supaya ikut sunnah dan tak melebih2 sume.. pastu pikir jugak budget constraint yg kami ade.. hurm.. 

plan nye nak buat on the 7th day.. so mmg kne pikir awal2 dr skarang.. nak kejar ke-afdhal-an nye.. InsyaAllah

cukur rambut baby
pemasalahan: sape yg nak kene cukur? perlu org yg berilmu ke atau mak bidan atau tok imam atau mak aku jek pon boleh buat? mencukur time kenduri akikah sedang berlangsung ke atau cukur dulu pagi2 tu? eh perlu ke org tgk anakku bercukuran? 

akikah
pemasalahan: anak lelaki ke pompuan? haha yg ni pon tak tahu lagik.. anak mummy mmg bijak.. suke surprise2 ni kan sayang.. penting ke nak tau lelaki ke pompuan?? ye la nak budget berapa ekor kambing utk akikah nnt.. pastu yg kedua, nak beli kambing yg siap lapah ke atau yg siap masak? sape plak nak masak kalau beli yg siap lapah jek?? Sesusah, beli yg akikah di kemboja tu jek la kan.. tapi nak wat kenduri kat rumah jugak.. nak kne carik katerer plak.. kami tak penah hire katerer ni.. tapi kalo tak sape plak yg nak masak nye?? aku dlm ari lagik kompom tak leh wat keje kan.. huhu.. kalo kat kampong kan senang..

aih ape la yg susah sgt nak settlekan mende baik ni.. pikir banyak sgt kot.. hopefully Allah tunjukkan jalan.. 

ni sedikit panduan utk cukur rambut dan akikah.. utk rujukan..

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.


Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.


Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.


Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.



"Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. "Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil," tegas beliau.

10 ulasan:

  1. Ape ssh..tye aje mak kt kg..huhu..settle :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kalo bwat kat kg.. i kan pantang kat KEY ELL.. hahahaks

      Padam
  2. Lot klu ko nk bli kambing utk akikah boleh call pakcik aku.. ladang diakat bangi lama je.. boleh dtg and pilih kmbing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. If you need help btau la lot.. aku dkt je ngan umah ko.. kalau xde aral melintang boleh aku tlg takat mane yg mampu :P

      Padam
    2. beb.. aku tgk dah ko pny promo kat belog.. tu ah nak riki gak pakcik ko nye ladang

      Padam
  3. kalau wat kat kkg senang..serah bolat2 kat parents hehe...tapi tok imam mesti kena ada, nak bertahnik elok lah dengan tok imam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahnik bapak nye pon bole buatkan kan? bg makan manis.. kampunglah paling best bwat kenduri.. :)

      Padam
  4. tp akak perati ramai yg suruh tok imam n ustat2 buatkan..wallahualam.. :)

    BalasPadam
  5. Riki tu ape? Nak pergi ek? Xde la ladang sgt.. kandang je... xtau pregnant woman boleh thn ke tak bau kat kandang tu... ko suruh ijad je la g.. ko tunggu dlm kete :D Byk kmbg nye.. nk raya qurban ni byk la lembu ditumbangkan :D

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails