Ahad, 21 Oktober 2012

Kenalpasti jantina baby cara dolu2



Terase jelez jugak la bile kawan2 kat opis (dalam 14 org yg ngandung skang ni) hampir sume dah tau jantina baby walaupon baru beberapa bulan preggy. Termasuk jugak kawan2 yg bukan satu opis.. Aku ni, walopon dah buat 3D scan pon baby still refuse to show.. Orang ramai kate, kalo baby takmo show off, makne nye PEREMPUAN.. entah la.. Mummy sudah redha jek.. tapi mcm fun jugak nak main teka2 guna petua org lame ni.. 

Org tua2 dulu2 kan suke buat research dan they have came out wit 10 items untuk tentukan jantina baby secara kreatif.. jom main teka2:


1. Perut ibu:
  Sekiranya kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan - lelaki. 
  Sekiranya bundar atau melebar ketepi - perempuan.
  • Nenek ijad, mak die, org2 lain jugak sume ckp perot lebor. So, PEREMPUAN

2. Arah tidur ibu: 
  Mengiring ke kanan - lelaki. 
  Mengiring ke kiri - perempuan.
  • Aku suka mengiring ke kanan. So, LELAKI.

3. Arah berat perut:
  Sebelah kanan - lelaki. 
  Sebelah kiri - perempuan.
  • Baby prefer tendang2 belah kanan. Belah kiri mcm 2-3 kalik je baby tendang. Mengeras pon belah kanan jek. So, LELAKI.

4. Perangai ibu:
  Suka bersolek, bergaya - perempuan. 
  Malas bersolek, bergaya - lelaki.
  • Err, yang ini rasanya memang sentiasa malas sejak azali. So, LELAKI.

5. Garisan pada perut ibu:
  Garisan tegak dari bawah ke atas terang dan tak putus - lelaki.
  Garisan tegak dari bawah ke atas terang dan terputus - perempuan.
  • Kalo tgk mcm tak putus. So, LELAKI.

6. Wajah ibu:
  Berseri - lelaki.
  Tak berseri - perempuan.
  • Camne nak tgk seri kat muka? tak sempat amek collagen sblm preggy. Mmg kusam dr dulu. So, PEREMPUAN.

7. Buku lali ibu:
  Licin putih berseri - lelaki.
  Kehijauan - perempuan.
  • Kalo hitam camne? So, PEREMPUAN.

8. Response other baby terhadap ibu mengandung. 
  Kalau baby suka, maknanya si kecil bertentangan jantina. 
  Kalau baby tak suka, maknanya sama jantina.
  • Bole tak kalo aku rase sume baby tak suke kat aku tem aku ngandong. Mencik! Anak Abal pompuan. Die nanges ritu. So, PEREMPUAN.

9. Morning sickness.
  Teruk - perempuan. 
  Sebaliknya - lelaki.
  • Confirm tak teruk. Stakat muntah bile batok jek. So, LELAKI.

10. Cenderung makan. 
  Protein seperti daging + makanan masin + asam - lelaki. 
  Manis dan buah - perempuan.

  • Sume aku makan. Tapi asam kurang ah. Buah mangga opkos suke gilo. So, PEREMPUAN.


Aih 50-50 jugak. Even guna petua old fashion pon still baby nak buat Surprise kat Mummy kan.. Takpelah.. mummy redha jek.. yg penting baby sihat, kuo ngan selamat, mummy tak sakit sgt, muka cam Lee Min-Ho (eh! tetibe!!)..

kalo tgk gambo mummy yg gemok gilo ni mmg nampak kusam dan tak berserikan.. hohoh





4 ulasan:

  1. chill chill. tak semua diatas tu betul. hehe. sbb kite sudah tahu gender anak kite. shhhhhh.. tak sama pon dgn yg diatas tuh. sbr k m2b.lg sebulan je. nnt keluar lah tunjuk tutttt die. :)

    nina :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hohoho.. tak aci ah nena dah tau.. sobs sobs.. haha

      Padam
  2. Hihihihi...verry NICE entry!!...tqvm kak...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails